cer clik

Wednesday 28 December 2011

Wanita adalah makhluk Allah yang paling Multitasking



Kajian yang dibuat oleh Microsoft Advertising and StarcomMediaVest Group (SMG) ke atas 2,859 ibu-ibu di lapan pasaran Asia termasuk Malaysia.
Oleh sebab kemampuan ibu-ibu ini yang sungguh luar biasa…saya kongsikan 6 fakta perihal ibu-ibu di Malaysia yang cukup menarik.
Fakta 1: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan secara puratanya 42.4 jam seminggu di saluran media – 53% daripadanya dihabiskan untuk melayari internet!
Fakta 2: 91% berkata internet adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan 65% merancang untuk lebih kerap menggunakannya!
Fakta 3: 90% berkata internet mampu menjadikan hidup mereka lebih ringkas, 85% berkata internet membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, dan 62% menggunakannya untuk sentiasa up to date.
Fakta 4: Ibu-ibu di Malaysia menggunakan internet untuk ‘memanjakan’ diri mereka dengan aktiviti seperti;
  • 93% untuk berhubung dengan ahli keluarga dan teman-teman
  • 83% untuk aktiviti diri sendiri (aktiviti apakah ini? mungkin bersosial di facebook?)
  • 81% untuk merehatkan diri sendiri (layan video Teacher Shida kah?hohoho)
Fakta 5: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan 16 aktiviti online dalam seminggu! 6 aktiviti kegemaran mereka ialah;
  • Email – 97%
  • Enjin carian – 87%
  • Carian informasi tentang produk dan perkidmatan - 83%
  • Baca suratkhabar dan majalah – 80%
  • Instant messenger76%
  • Melawat laman social – 76%
Fakta 6: Ibu-ibu Malaysia merupakan pengguna tertinggi dalam komuniti sosial online yang mencari informasi di Asia!
Berdasarkan 6 fakta di atas, saya cukup yakin untuk mengatakan yang ibu-ibu Malaysia adalah ibu-ibu yang bijak merancang masa mereka dengan cukup efisien. Anda setuju tak?
Jadi sekarang, siapa sanggup kata yang ibu-ibu hanya layak duduk di ceruk dapur sahaja?

Sumber:hafizmohd,com


Sebenarnya banyak kelebihan yang Allah kurniakan pada kaum hawa ni,,,antaranya kelebihann mengandung & melahirkan anak,Bak kata oarng tua2,,kalau orang lelaki yang bersalin,mau pengsan 40 kali baru terberanak,,,kalau mengandung,,mmg 4 tahun x bangun,,satu lagi bukti betapa wanita adalah hamba Allah yang jenis tahan sakit....Oleh itu,,pada sesiapa di luar sana,hargailah isteri,isteri-isteri & ibu anda....

No comments:

Post a Comment