cer clik

Saturday 24 December 2011

Menangislah



Hati anda terguris,rasa jantung dirobek keluar,kesedihan sudah tidak tertanggung, sebak & remuk terasa di  di sudut hati.Menangislah,jangan ditahan,tidak menjadi satu kesalahan jika air mata mengalir,luahkan rasa terluka,sedih @ gembira tersebut. Usah merasa malu dan segan walau anda seorang lelaki..ungkapan anak lelaki tidak boleh menangis sudah lapuk,lelaki juga manusia biasa,mereka juga punya perasaan. Pokok & batu sebesar mana & sekeras mana,juga tergugat jika di asak bertalu2..inikan lagi jiwa & perasaan manusia.

Kajian yang dibuat oleh Dr William Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Poll Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang. Adalah tidak elook untuk kesihatan apabila seseorang itu mengekang keinginan untuk menangis dalam keadaan yang mengharuskannya untuk menangis.

Dr Frey menjelaskan bahawa air mata sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia berperanan dalam mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric ulser, hypertension, dan ulcerative colitis. Dr Frey juga mengaitkan ketegangan jiwa dan menangis melalui kajiannya terhadap beribu-ribu titisan air mata. Beliau mendapati air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil yang dihasilkan oleh badan ketika itu.
Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis. Maka ini membuktikan air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa.

Berbanding lelaki,wanita lebih pandai meluahkan perasaan mereka melalui tangisan....Mungkin disebabkan itulah,tekanan banyak dihadapi lelaki berbanding wanita.

Jika anda kecewa & sedih,bangkitlah kembali,,ketika anda terjatuh hingga terduduk,bangunlah gagahkan diri....jangan sesekali lupa kita ada Yang Maha Esa,yang Maha Berkuasa. Tidak ada satu kejadian pun yang berlaku tanpa ada hikmah di sebaliknya. Menangislah kerana cinta pada NYA.Menangislah kerana kerinduan padaNYA. Berdoalah agar DIA tidak akan membiarkan kita walau sekelip mata pun.

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia





No comments:

Post a Comment