cer clik

Sunday 22 April 2012

Blog sapa la

wah.blog sapa la,dh bersawang,dah la baru nk start enjin je,baru nak berblog,baru beberapa post dah nk mampuih dh blog ni,,cik puteh ni edisi pemalas punya org,,oklah,,nak start enjin balik dh ni..pasi dh buang ke laut dh berukbank celcom ku yg dah kong,,,sekarang broadband baru,laju je,,rajin la sikit lani,,nanti2kan cik puteh start enjin lepas ni,,cau cin cau dulu las...terasa mengantuk pulak(mmg kaki pemalas sunggun tang nak mengarang ni)

Wednesday 28 December 2011

Wah,rajinnya update blog!

Hari ni,mcm biasa sibuk dengan kerja rumah,busines kecik2 cik puteh,suami n anak2 cik puteh...bila dh x berapa nak sibuk tu,,bertenet la kita ni,,terjumpa satu blog dr indon,,terkejut cik puteh,,dlm sebulan beratus-ratus kali update blog,,tu terkejut suam2 jer,,yg paling terkejut,,contoh:bulan mac,dia update 1000 kali(dlm sebulan),lebih kurang 50 post la sehari,,agak-agaknya apa bonda entry dia ye.
kot2 mcm ni la(abis nk posting 50 kali sehari),

posting 1:ari ni,dok gulung2 atas katil x boleh tido,,teringat kat bla..bla..bla. Posting 2:bangun lewat ari ni,masak kena marah dgn bos,,sampai pengsan jam loceng aku,x jugak aku bangun,,bla,,bla,,bla(kata dh lewat tp berblog lagi,,kompius),,,
posting 3:makan pagi dgn karipap lemau,,nasib baik makcik karipap ni anak daranya lawa,,kalau x pengsan makcik ni kena baling dgn karipap ni.;bla..blaa.bla..ceta psl karipap pun dh 1 post

posting 10:ahhh,sakit perut,,tak tahan,,tertootttt,,kat dlm opis,,40 kali bos aku pitam,,secretary plak,,menanah taik idung..yang lain2 missing in action

posting lain2..ntah la...apo yg ditulisnya,,rajin bebenor,,,,cik puteh ni,,kalau mengepost 2,3 entry sehari pun dh rs ganas dah..ye la,,nak business lagi(buss,sendiri ni,,kalau x jalan,x dpt ley money2 tu,kalu kerja dgn org x per,,kau mengeram pun,,ujung bulan dpt gaji,,tang kena maki n marah dgn bos tu no 2 dah),,,
mana nak layan laki cik puteh lagi,,,dpt laki jenis x suka makan kat kedai,,cemuih katanya(padahal poket kempis,,dtgla alasan cemuih tu,,sib baik cik puteh sayang suami)

mana nak layan kanak2 kolget 3 orang ni lagii,,kejap main,pas tu gaduh,,mcm2 la,,,pening cik puteh,,,n mengupdate blog malam,,ngantuk le pulak,,kang tido lewat kang cepat tua pulak,,x cute la cik puteh....
tapi sbb blog cik puteh ni baru je umur 7 hari(blh wat cukur jambul dh ni),,,tak pe la,,,,orang kata pelan-pelan kayuh

Kisah pengantin baru


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


sumber:koleksi kisah lucu

Kisah suami yang kedekut A.K.A taik idung masin


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi* *RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.


Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka ma am krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sa ma cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun* *mengimpikan* *untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"


"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteriencik" jawab pilot td sambil tersenyum.


"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.

Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.


Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami

Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Wanita adalah makhluk Allah yang paling Multitasking



Kajian yang dibuat oleh Microsoft Advertising and StarcomMediaVest Group (SMG) ke atas 2,859 ibu-ibu di lapan pasaran Asia termasuk Malaysia.
Oleh sebab kemampuan ibu-ibu ini yang sungguh luar biasa…saya kongsikan 6 fakta perihal ibu-ibu di Malaysia yang cukup menarik.
Fakta 1: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan secara puratanya 42.4 jam seminggu di saluran media – 53% daripadanya dihabiskan untuk melayari internet!
Fakta 2: 91% berkata internet adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan 65% merancang untuk lebih kerap menggunakannya!
Fakta 3: 90% berkata internet mampu menjadikan hidup mereka lebih ringkas, 85% berkata internet membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, dan 62% menggunakannya untuk sentiasa up to date.
Fakta 4: Ibu-ibu di Malaysia menggunakan internet untuk ‘memanjakan’ diri mereka dengan aktiviti seperti;
  • 93% untuk berhubung dengan ahli keluarga dan teman-teman
  • 83% untuk aktiviti diri sendiri (aktiviti apakah ini? mungkin bersosial di facebook?)
  • 81% untuk merehatkan diri sendiri (layan video Teacher Shida kah?hohoho)
Fakta 5: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan 16 aktiviti online dalam seminggu! 6 aktiviti kegemaran mereka ialah;
  • Email – 97%
  • Enjin carian – 87%
  • Carian informasi tentang produk dan perkidmatan - 83%
  • Baca suratkhabar dan majalah – 80%
  • Instant messenger76%
  • Melawat laman social – 76%
Fakta 6: Ibu-ibu Malaysia merupakan pengguna tertinggi dalam komuniti sosial online yang mencari informasi di Asia!
Berdasarkan 6 fakta di atas, saya cukup yakin untuk mengatakan yang ibu-ibu Malaysia adalah ibu-ibu yang bijak merancang masa mereka dengan cukup efisien. Anda setuju tak?
Jadi sekarang, siapa sanggup kata yang ibu-ibu hanya layak duduk di ceruk dapur sahaja?

Sumber:hafizmohd,com


Sebenarnya banyak kelebihan yang Allah kurniakan pada kaum hawa ni,,,antaranya kelebihann mengandung & melahirkan anak,Bak kata oarng tua2,,kalau orang lelaki yang bersalin,mau pengsan 40 kali baru terberanak,,,kalau mengandung,,mmg 4 tahun x bangun,,satu lagi bukti betapa wanita adalah hamba Allah yang jenis tahan sakit....Oleh itu,,pada sesiapa di luar sana,hargailah isteri,isteri-isteri & ibu anda....

Monday 26 December 2011

Renung kata-kata ini

 Kata2 Syekh Abdul Qadir Jailani, seorang Mujaddid besar,

Jika bathin itu burung, hati itulah sangkarnya
Jika hati itu burung, niat itulah sangkarnya
Jika niat itu burung, jasad itulah sangkarnya
Jika jasad itu burung, lubang kubur itulah sangkarnya.

Hati sebesar cawan & sebesar kolam




"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Share this topic on Facebook