cer clik

Wednesday 28 December 2011

Wah,rajinnya update blog!

Hari ni,mcm biasa sibuk dengan kerja rumah,busines kecik2 cik puteh,suami n anak2 cik puteh...bila dh x berapa nak sibuk tu,,bertenet la kita ni,,terjumpa satu blog dr indon,,terkejut cik puteh,,dlm sebulan beratus-ratus kali update blog,,tu terkejut suam2 jer,,yg paling terkejut,,contoh:bulan mac,dia update 1000 kali(dlm sebulan),lebih kurang 50 post la sehari,,agak-agaknya apa bonda entry dia ye.
kot2 mcm ni la(abis nk posting 50 kali sehari),

posting 1:ari ni,dok gulung2 atas katil x boleh tido,,teringat kat bla..bla..bla. Posting 2:bangun lewat ari ni,masak kena marah dgn bos,,sampai pengsan jam loceng aku,x jugak aku bangun,,bla,,bla,,bla(kata dh lewat tp berblog lagi,,kompius),,,
posting 3:makan pagi dgn karipap lemau,,nasib baik makcik karipap ni anak daranya lawa,,kalau x pengsan makcik ni kena baling dgn karipap ni.;bla..blaa.bla..ceta psl karipap pun dh 1 post

posting 10:ahhh,sakit perut,,tak tahan,,tertootttt,,kat dlm opis,,40 kali bos aku pitam,,secretary plak,,menanah taik idung..yang lain2 missing in action

posting lain2..ntah la...apo yg ditulisnya,,rajin bebenor,,,,cik puteh ni,,kalau mengepost 2,3 entry sehari pun dh rs ganas dah..ye la,,nak business lagi(buss,sendiri ni,,kalau x jalan,x dpt ley money2 tu,kalu kerja dgn org x per,,kau mengeram pun,,ujung bulan dpt gaji,,tang kena maki n marah dgn bos tu no 2 dah),,,
mana nak layan laki cik puteh lagi,,,dpt laki jenis x suka makan kat kedai,,cemuih katanya(padahal poket kempis,,dtgla alasan cemuih tu,,sib baik cik puteh sayang suami)

mana nak layan kanak2 kolget 3 orang ni lagii,,kejap main,pas tu gaduh,,mcm2 la,,,pening cik puteh,,,n mengupdate blog malam,,ngantuk le pulak,,kang tido lewat kang cepat tua pulak,,x cute la cik puteh....
tapi sbb blog cik puteh ni baru je umur 7 hari(blh wat cukur jambul dh ni),,,tak pe la,,,,orang kata pelan-pelan kayuh

Kisah pengantin baru


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


sumber:koleksi kisah lucu

Kisah suami yang kedekut A.K.A taik idung masin


Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun ma sin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama , si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cu ma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

"Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat camtu" rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

"Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli"

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi* *RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.


Tahun ketiga, mereka Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah"kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka ma am krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sa ma cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100.

Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun* *mengimpikan* *untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"

"Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"


"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteriencik" jawab pilot td sambil tersenyum.


"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi.

Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.

Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.


Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami

Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Wanita adalah makhluk Allah yang paling Multitasking



Kajian yang dibuat oleh Microsoft Advertising and StarcomMediaVest Group (SMG) ke atas 2,859 ibu-ibu di lapan pasaran Asia termasuk Malaysia.
Oleh sebab kemampuan ibu-ibu ini yang sungguh luar biasa…saya kongsikan 6 fakta perihal ibu-ibu di Malaysia yang cukup menarik.
Fakta 1: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan secara puratanya 42.4 jam seminggu di saluran media – 53% daripadanya dihabiskan untuk melayari internet!
Fakta 2: 91% berkata internet adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan 65% merancang untuk lebih kerap menggunakannya!
Fakta 3: 90% berkata internet mampu menjadikan hidup mereka lebih ringkas, 85% berkata internet membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik, dan 62% menggunakannya untuk sentiasa up to date.
Fakta 4: Ibu-ibu di Malaysia menggunakan internet untuk ‘memanjakan’ diri mereka dengan aktiviti seperti;
  • 93% untuk berhubung dengan ahli keluarga dan teman-teman
  • 83% untuk aktiviti diri sendiri (aktiviti apakah ini? mungkin bersosial di facebook?)
  • 81% untuk merehatkan diri sendiri (layan video Teacher Shida kah?hohoho)
Fakta 5: Ibu-ibu di Malaysia menghabiskan 16 aktiviti online dalam seminggu! 6 aktiviti kegemaran mereka ialah;
  • Email – 97%
  • Enjin carian – 87%
  • Carian informasi tentang produk dan perkidmatan - 83%
  • Baca suratkhabar dan majalah – 80%
  • Instant messenger76%
  • Melawat laman social – 76%
Fakta 6: Ibu-ibu Malaysia merupakan pengguna tertinggi dalam komuniti sosial online yang mencari informasi di Asia!
Berdasarkan 6 fakta di atas, saya cukup yakin untuk mengatakan yang ibu-ibu Malaysia adalah ibu-ibu yang bijak merancang masa mereka dengan cukup efisien. Anda setuju tak?
Jadi sekarang, siapa sanggup kata yang ibu-ibu hanya layak duduk di ceruk dapur sahaja?

Sumber:hafizmohd,com


Sebenarnya banyak kelebihan yang Allah kurniakan pada kaum hawa ni,,,antaranya kelebihann mengandung & melahirkan anak,Bak kata oarng tua2,,kalau orang lelaki yang bersalin,mau pengsan 40 kali baru terberanak,,,kalau mengandung,,mmg 4 tahun x bangun,,satu lagi bukti betapa wanita adalah hamba Allah yang jenis tahan sakit....Oleh itu,,pada sesiapa di luar sana,hargailah isteri,isteri-isteri & ibu anda....

Monday 26 December 2011

Renung kata-kata ini

 Kata2 Syekh Abdul Qadir Jailani, seorang Mujaddid besar,

Jika bathin itu burung, hati itulah sangkarnya
Jika hati itu burung, niat itulah sangkarnya
Jika niat itu burung, jasad itulah sangkarnya
Jika jasad itu burung, lubang kubur itulah sangkarnya.

Hati sebesar cawan & sebesar kolam




"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Share this topic on Facebook


Sunday 25 December 2011

Sjarah penggunaan lipstik oleh wanita



Pada zaman Tiongko kuno, terutama di Dinasti Tang, ada tujuh langkah dalam membuat kosmetik untuk wanita cantik : alas bedak, menerapkan warna kewajah, mewarnai alis mata, menerapkan "warna emas pada dahi", melukis lesung, menghiasi pipi dan memulas pewarna bibir, yang menjadi cikal bakal lipstik modern saat ini.

Jika mata adalah jendela jiwa, bibir adalah cermin dari karakter dan temperamen seseorang. Merias bibir mengalami sejarah panjang dan memiliki berbagai pola pada periode yang berbeda.

Hal ini diyakini bahwa merias bibir pada awalnya dilakukan pada ritual keagamaan. Seiring waktu berlalu, orang menyedari bahawa itu boleh menghidupkan semangat seseorang dan kadang-kadang bahkan mampu mengungkapkan status sosial seseorang. Sebagai akibatnya, bahan-bahan yang berbeza untuk produk kecantikan bibir terus menerus dikembangkan dan digunakan untuk membuat bibir merah dan cerah, membentuk seni makeup.

Produk kecantikan bibir di Tiongkok kuno yang biasanya disebut lip balm, sebagaimana dicatat oleh kamus Tiongkok berjudul Shiming yang ditulis oleh Liu Xi pada Dinasti Han Timur (AD25-AD220).

Lipstik pada mulanya tidak seperti lipstik yang kita lihat sekarang ini, namun berbentuk pasta
yang diletakkan dalam wadah tertentu. Setelah Dinasti Sui(589 AD - 618 AD) dan Tang, beberapa poles bibir diolah menjadi zat padat, dicetak dalam bentuk tertentu. Karena mudah dibawa kemana-mana , jenis baru ini segera mendapatkan popularitas. Produksi dari poles bibir tidak mengalami inovasi besar hanya zaman modern sekarang mulai diadakan inovasi.

Lipstik di Tiongkok kuno juga mengandung aroma wangi yang tersendiri. Di dinasti Utara (AD 386-AD 581) bahan baku dari poles bibir antara lain Ageratum dan cengkeh. Pada Dinasti Tang, rasa buatan ditambahkan ke poles bibir.


Saturday 24 December 2011

MR KELANTAN

Kejohanan Badan Cantik -MR Kelantan 2011..........Uk Alosssss......kalau sorang tu laki cik puteh..compem cik puteh lari x cukup tanah,,wat x kenal 4 tahun..huwaaaaaa

Sabarlah duhai hati



Sabarlaha duhai hati,tenanglah wahai jiwa,sesungguhnya sabar itu indah,syurga ganjarannya,tapi ramaikah yang berjaya menyabarkan hati tanpa tercuit rasa marah....(Cik Puteh)


Sabar itu cukup indah.
Tetapi di manakah keindahan itu?
Bukankah untuk bersabar begitu sukar?
Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.
Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum?
Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?
Sabar ialah hati yang tenang, lapang dan tenteram adalah apabila hati hamba itu hanya mengadu kepada Pencipta-Nya tatkala berdepan dengan ujian dunia.
Mungkin hati yang sebegitu belum kita miliki, namun itulah hati yang menjadi idaman dan perjuangan untuk mendapatkannya.
Ya semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan.
Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah! Alhamdulillah.
-petikan dari Ketua Editor Solusi

Mama Tarzan



Aiiii,anak cik puteh baru 3 orang,tapi cik puteh dah macam mak tarzan,,sound tune maximum,,kiranya company jual speaker mmg bungkus la..tu baru 3 orang,kalau la cik puteh tambah lagi 3 orang,,mmg conpem terancat anak tekak aku,,alahai......tengah2 mengeluh boleh laki cik puteh cakap..."elokla,terencat anak tekak,diam terus  jadi OKU,tak payah mengepek jer,"alahai tak bagi motivasi betullah laki cik puteh ni...kata kawan cik puteh "WELCOME TO THE CLUB"..mama tarzan punya club la tus....

Wanita & tekanan

Menangislah



Hati anda terguris,rasa jantung dirobek keluar,kesedihan sudah tidak tertanggung, sebak & remuk terasa di  di sudut hati.Menangislah,jangan ditahan,tidak menjadi satu kesalahan jika air mata mengalir,luahkan rasa terluka,sedih @ gembira tersebut. Usah merasa malu dan segan walau anda seorang lelaki..ungkapan anak lelaki tidak boleh menangis sudah lapuk,lelaki juga manusia biasa,mereka juga punya perasaan. Pokok & batu sebesar mana & sekeras mana,juga tergugat jika di asak bertalu2..inikan lagi jiwa & perasaan manusia.

Kajian yang dibuat oleh Dr William Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Poll Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang. Adalah tidak elook untuk kesihatan apabila seseorang itu mengekang keinginan untuk menangis dalam keadaan yang mengharuskannya untuk menangis.

Dr Frey menjelaskan bahawa air mata sangat berkesan untuk membersihkan mata. Ia berperanan dalam mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric ulser, hypertension, dan ulcerative colitis. Dr Frey juga mengaitkan ketegangan jiwa dan menangis melalui kajiannya terhadap beribu-ribu titisan air mata. Beliau mendapati air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas yang tidak stabil yang dihasilkan oleh badan ketika itu.
Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis. Maka ini membuktikan air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa.

Berbanding lelaki,wanita lebih pandai meluahkan perasaan mereka melalui tangisan....Mungkin disebabkan itulah,tekanan banyak dihadapi lelaki berbanding wanita.

Jika anda kecewa & sedih,bangkitlah kembali,,ketika anda terjatuh hingga terduduk,bangunlah gagahkan diri....jangan sesekali lupa kita ada Yang Maha Esa,yang Maha Berkuasa. Tidak ada satu kejadian pun yang berlaku tanpa ada hikmah di sebaliknya. Menangislah kerana cinta pada NYA.Menangislah kerana kerinduan padaNYA. Berdoalah agar DIA tidak akan membiarkan kita walau sekelip mata pun.

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, “ Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?” Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia





Friday 23 December 2011

Sharing is caring?

Tadaaaaaa.....
Gambar lori..ambek kau,,,mesti org ingat cik puteh ni sengal,tak pun ada hati nak jadi org minyak,,,ohhh tidak,,sebenarnya nak cerita sikit..

Hari ni mr hubby a.k.a laki cik puteh dok cot cet cot cet psl kawannya yg dh diketahui umum dh pun menambah satu lagi 'cawangan' a.k.a bini number 2..katanya no 3 on da way..citttt..ader jugak la anak dara & mak gen nk kat dia,,nak kata muka pecah kapal,,x jugak,,sbb kapal pecah lagi ensem dr dia...,kawan tu cakap 'sharing is caring'..oh noooo..sharing tu betul la..caring?....ari tu baru je mengepow duit laki cik puteh,,katanya nak beli susu anak...aiii,,berbini ada pulak duit yer,,ni bukan sharing is caring tapi nak kena 'sparing' dgn tayar lori spare nih,,cik puteh tak kisah la kalau nk berpoligami,,poligami x salah,yg salah ialah org yg mengamalkan berpoligami tapi x kena cara,,,,yg terseksa anak2 & bini,bini,bini,bini(psl quota 4,kena sebut 4 kali),,

Kalau cukup & terlebih zahir & batin serta mampu bersikap adil,,suka hati la nak poligami pun,,tapi yg banyak berbini baru sbb nafsu,,katanya nak tolong kaum pompuan,,kalau nk tolong pg la cari janda anak 9 ker,,ibu2 tunggal yg miskin ker..ni idak,,cari yg bergetah,,anak dara lagi....tolong apakah itu?kebanyakan nak berpoligami sbb nafsu,,lps dh dapat,,,biar bini-bini terkial-kial,jumpa yg muda,,tambah cawangan lagi,,sedangkan ank bini makan pun x lepas...

Gitula sikit2 bebelan cik puteh psl poligami ni....madu tu manis,,tapi terlampau banyak makan madu pun boleh mengakibatkan kencing manis,,,silap2 dpt sakit buah pinggang @ kena potong kaki(dh melalut ni)
Berhubung dgn lori kat atas,,,(dalam hati cik puteh,ms laki cik puteh dok story morry)"Nasib baik la bukan laki aku yg sharing is caring ni,,kalau x,bukan aku 'sparing' dgn tayar spare lori,aku bagi makan dgn lori-lori tu sekali,,kenyang 5,6,,,jimat beras,"....ayat ganas dari hati seorang isteri...heeee :)

(MEH AKU SUAP LORI TANGKI,,,NAK TAK?)

Thursday 22 December 2011

OOOOOOOO

Panjang seket oooo tu,,kenapa yer cik puteh?..ari ni saja mengchek blog2 glamor..ooooo...rupanya blog citer tentang artis & politik memang meletups..pom..pom..pom...jakun tak cik puteh ni?waaa.cik puteh nak buat blog citer pasal politik jugak la,,time mengundi mesti blog kaw2 readers,,,tapi..cik puteh x berapa nak minat mengutuk org ni,,tak minat politik jugak..lagipun...WHAT U GIVE U GET BACK...amacam?. ingat cik puteh x pandai omputis ker.....jangan mare.....

Blog baru nih

Asssalamualaikum & salam sejahtera.macam pembaca berita cik puteh rasa....Ni blog baru siap hari ni,,,,dh tua2 nak berblog?,,tak pela,kasi can ler,,lgpun cik puteh x tua lagi,,matang jer seket-seket.,,kiranya kalau cik puteh ni bon kerajaan,dh masuk tempoh matang,,x pe,,,
Untuk perhatian,cik puteh ni nama dalam blog jer,orangnya takler putih sangat,,tapi sbb terlalu la minat kaler putih,,jadi ler cik puteh,,puteh yer bkn putih,jadi kalau ternampak gambar tu,,wat donno je la kalau bkn puteh tapi ter..tam,,heeeee..:)...kasi can cik puteh gelak sorang2, tak per,,tak payah bayar pun,,ketawa penawar duka,,walau ketawa sbb marah sangat punn,,,tetap kena ketawa,,elok untuk awet mudossss..